Friday, 28 June 2019

Audit Life

Fuh dah bersawang blog aku ni ye. Disebabkan aku tengah free sekarang ni aku nak update sikit berkenaan dengan audit life. Ya. Audit. Siapa sangka aku yang dulu dari bidang sains sekarang ni tengah berpraktikal di sebuah audit firm di Kuala Lumpur. Ramai yang cakap audit ni takde life and ya ramai juga yg beritahu turnover rate di bidang audit ni tinggi. Betul ke semua tu? Okay aku akan kongsikan sedikit pengalaman aku dalam bidang audit ni. Perlu diingatkan ini hanyalah perkongsian daripada seorang pelajar praktikal atau dipanggil Vacation Trainee (VT) ya. Lagi tinggi level lagi stress lah ye.

Hectic 

Ya. Itu lah first word aku kalau sape2 tanya pasal audit. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayah aku

"Audit ni tak susah pun cuma dia hectic. Kerja you mostly depan laptop je" 

Haha. Semudah itu ye ayah aku describe audit life ni. Bagi aku bila aku contemplate balik, ada betul juga kata-kata ayah aku tu. Bayangkan, aku sampai office client pukul 9 pagi sampai la aku balik dari office client pukul 10 malam (almost 11 jam weh), mmg aku depan laptop je, updating working paper aku. Haha. Kalau korang intern or kerja bidang audit ni, MIMPI je lah korang nak balik office hour. Memang hectic and korang kene laju. Basic account korang kene mantap. Kalau basic account korang tak berapa mantap, sakit jugak lah. Ok solat jap, nanti aku sambung.

Monday, 8 May 2017

ASB

Salam. Memandangkan sem baru akan bermula maka salah satu aspek penting adalah duit. 

Balik cuti ni ayah aku da bnyak hbis duit antaranya tukar screen iphone dah RM160. Jadi aku dah malas nk minta duit. Aku pun pegi la ke ASB untuk keluarkan duit. Takdela bnyak sangat adalah dekat RM4000 ada dlm account hasil aku simpan duit biasiswa. 

Hari ni aku nk withdraw RM300. Cukuplah nk bayar yuran penginapan n duit mkn 1-2 mggu sebelum elaun JPA sebanyak RM4200 masuk hujung bulan ni.

Selalunya aku mmg tak guna semua. Aku akan simpan RM1000. Lagi RM3200 tula aku akan guna untuk tempoh 6 bulan. Kalau convert bulan2 adala dlm RM500 lebih which is sangat cukup la untuk student yg blajar kt Muadzam mcm aku ni.

Sambung kepada ASB, kalau korang nk withdraw or nk masukkan duit. Korang kena isi borang. 

Kena masukkan segala detail la contohnya no ahli. Dan hanya pemegang buku sahaja yg boleh masukkan or keluarkan duit.


MGAC

Salam. Saja nak cerita pasal MGAC 2017. Aku ni mmg jenis yg suka join program bisnes mcm ni cuma kebanyakannya via group so aku tak tahu nk cari sbb kawan2 aku especially yg laki aku xsure sapa yg minat. 

Haa. See. Yg buat aku jadi tak tentu arah bila 8/5/2017 before 10pm kena submit tapi aku pkul 9pm baru check email and tinggal less than 1 hour kena completekan 2 task.

Verbal dgn numerical. Verbal mmg aku kelaut la tapi numerical test aku mcm ok sikit. Cuma timing dia memang seram. 15 minutes for both task. Pheww. Mmg target submit ke dgn connection problem lagi. Fuh.

Insyallah doakan aku dapat ke Campus level. Actually MGAC 2017 ni ada 4 stages

1 - Online Assessment 
2 - Campus Level 
3 - National Level 
4 - Global Level

My target stakat ni dapat gi Campus Level dulu pun da ok gain experience dulu. Doakan aku ye . Insyallah nanti aku update 

Ni screenshot yg aku dapat first stage.

Yg ni pulak before tu lagi. Masa nak isi registration form.


Sunday, 4 September 2016

UNITEN WOW 3.0

Salam semua. Sebelum tido Abg Faiz update la sikit blog. Nak cite sikit pasal UNITEN WOW. WOW tu actually short from kepada Week Of Welcoming. Tujuan nya untuk student lebih tahu tentang club n persatuan yang ada di UNITEN. Bole kata semua club buka booth untuk pendftaran ahli baru n so on. Ada juga yg buat jualan untuk side income. Banyak sebenarnya program time UNITEN WOW ni. 

Sebenarnya program ni mmg under MPP, so abg Faiz sbgai MPP yg baru ni mmg busy sepanjang tempoh program ni diadakan. 


Haa. Ni gambar kami berenam. MPP UNITEN Muadzam Shah. Baru slesai Wow Forum actually time ni. Salah satu aktiviti yg kami buat untuk mendengar lebih lagi tentang masalah student. 

Selesai UNITEN WOW, Abg Faiz sempat gi Muktamar Sanawi PPI 


Time ni first time kot pakai baju korporat mpp. Haha. 

Okay tu je la nak crita. Ada masa Abg Faiz story2 lagi. Kbye

Sunday, 3 April 2016

Pishangnya Special Semester

Assalamualaikum dan hai semua. Setelah sekian lama tak update blog, hari ni nak update skit pasal "Special Semester" kat Uniten ni.

Special Semester ni tempoh dia kejap je start hujung bulan 2 n awal bulan 5 dah final. Kiranya 2 bulan je bljar. Haha. Subjek pulak boleh ambik maximum 4 tapi slalu student ambik 2 or 3 je. Macam aku, mula2 aku plan nk ambik 3 tapi xjadi sbb xnk ambik risiko subjek Cost Accounting. 

Yela Financial Accounting yg ambik long sem pun tergagap2 nk catch up , lagi2 cost accounting. So ambik la 2 je. 


Haa ni timetable aku special Sem ni. Aku ambik 2 subjek je Business Communication (MGMB123) dgn Marketing n Human Resources Management (MGMB243). Dua2 subjek management and aku confident sikit la nk bawak sbb Sem lepas aku dapat A+ Principle Management. Hewhew 

Tapi seriously bosan duh. Yela. Aku class hari Khamis n Jumaat je. Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu aku nk buat apa? Dah la duk Muadzam, pishang teruk. Haha. Nk balik Perlis mmg tak la tiket pegi balik pun dah RM140++. 

So apa aku buat untuk hilangkan kebosanan aku sepanjang special sem + class 2 hari je seminggu? Next entry aku cerita. 😁😁😁

Wednesday, 21 October 2015

Bermulanya episod di UNITEN.

Assalamualaikum semua. Hari ni nak share minggu pertama kat Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah kat Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan dari Kangar ke Muadzam Shah mengambil masa kurang lebih 9 jam. Fuhh mmg sakit urat la drive! 


Gambar masa malam sebelum bertolak. Serabut bhai. Haha !

Sepanjang perjalanan lalu la UIA Gombak, Universiti Malaysia Pahang, UIA Kuantan baru la smpai Muadzam. Samai2 je sini terus check in dkt satu2nya hotel yg ada kat sini (Tong Villion Hotel). 


Gmbar masa kat hotel . Pagi sebelum nak gi daftar. Nasib baik ada saudara mara kat Pahang, takdela pishang sangat kat Muadzam ni. Cik Yah kat Keratong (20 minit dari Muadzam) & Mok Su kat Serting (40 minit dari Muadzam) 

 
Sebelum ke Uniten. Baju tu baju masa time form 4 n form 5 dulu. Haha. Tu pun last minit cari sebab malas nak beli baru.

Daftar kat Uniten pukul 8.30 pagi n lepas settle semua terus gi hostel iaitu Desasiswa Bestari 


Haa. Tulah serba sikit cerita. Ni pun aku tulis blog time rehat jap time orientasi sebab bosan sangat. Haha