Balik cuti ni ayah aku da bnyak hbis duit antaranya tukar screen iphone dah RM160. Jadi aku dah malas nk minta duit. Aku pun pegi la ke ASB untuk keluarkan duit. Takdela bnyak sangat adalah dekat RM4000 ada dlm account hasil aku simpan duit biasiswa.
Hari ni aku nk withdraw RM300. Cukuplah nk bayar yuran penginapan n duit mkn 1-2 mggu sebelum elaun JPA sebanyak RM4200 masuk hujung bulan ni.
Selalunya aku mmg tak guna semua. Aku akan simpan RM1000. Lagi RM3200 tula aku akan guna untuk tempoh 6 bulan. Kalau convert bulan2 adala dlm RM500 lebih which is sangat cukup la untuk student yg blajar kt Muadzam mcm aku ni.
Sambung kepada ASB, kalau korang nk withdraw or nk masukkan duit. Korang kena isi borang.
Kena masukkan segala detail la contohnya no ahli. Dan hanya pemegang buku sahaja yg boleh masukkan or keluarkan duit.