Saturday, 3 October 2015

Ke Aman Central Kah Kita ?

Assalamualaikum semua. Okay hari ni org nak story sikit la pasal Aman Central. Ade ke yg tak tahu ape tu Aman Central ? Haa kalau sape2 yg tak tahu Aman Central ni mall baru yg baru buka 1 Oktober lepas kat Alor Star. Havoc gak kot. So takde la pishang sangat asyik pegi Star Parade or Alor Star Mall (tempat agak tak strategik). 
 
Haa. Ni lah Aman Central. For me tempat dia sangat strategik sebab berhampiran dengan Stadium Darul Aman, Pekan Rabu, Star Parade & terletak betul2 depan Menara Alor Star. Sincerely, nak dekat 15 tahun aku duk kat Perlis tapi sekali pun tak penah pegi Menara Alor Star tu even selalu je pegi Alor Star. Haha. Sebab ada nak pegi Aman Central ni la first timme jugak aku pegi Menara AS.

 

Haa ni dia Menara AS. Haha. So sebab aku pun tgah cuti sekarang & akan kembali meneruskan perjuangan kat Universiti Tenaga Nasional Kampus Muadzam Shah 10 Oktober ni, so aku ambik la kesempatan ni untuk pegi AC(Aman Central) on the opening day. Yela, duk rumah pun bukan buat apa, bosan jugak.Adik2 semua sekolah, mak n ayah pun kerja. Disebabkan cuti aku lain sikit dari member2 lain, so aku pegi sorang je la AC. Ingat nak ajak la member tapi semua tak cuti, so takpe la start Myvi terus pegi AS. 

 

Seriusly jammed teruk on the first day AC buka. Tak penah AS jammed mcm ni before. Dah mcm jammed kat Shah Alam pukul 5 ptg dah(sape duk Shah Alam tau la camne jammed time tu). Traffic light pulak sekejap je hijau haa mmg jammed la. Takpela bila lagi nak merasa jammed kat AS, kat Kangar mmg takde jammed la haha. Parking mmg xyah cakap la susah gila la nk dapat, seb baik la aku cari2 parking ade satu kat area Menara AS. Terus park situ. Seriously suasana kat situ dah macam KL. Haha.   


Selfie dulu depan tempat parking. Ingat nak bagi nampak AC tu tapi tak nampak sangat, takpela janji ada. Haha. Sebelum aku masuk mall tu aku nampak la ramai manusia yg keluar dgan paperbag H&M la Habib la . Haha kelass kau dak2 Alor Star sekarang dah mampu beli H&M. yela sebelum ni kalau nak beli yg branded camni kene pegi Penang la takpun KL. Huhu. Aku pun masuk je la AC. Actually aku bukan nak beli apa pun , just nak tengok2 je. Starbucks mmg ramai gila yg beratur nak beli. Seriously panjang gila. Aku ingatkan beratur nak dapatkan voucher ke ape rupanya nak beli Starbucks. Satu lagi yg panjang jugak org beratur nak beli adalah Baskin Robin. Dahsyat. Entah kenapa aku tertarik nak masuk PDI or Padini. Actually dulu masa study kat Shah Alam selalu je pegi PDI kat KLCC tak pun Sunway. Bila PDI ni ada kat AS rasa aneh sikit haha. Aku pun erm entah la takkan nak balik tangan kosong kan, survey la satu dua baju ke. Dan haa inilah dia.... 



Haha. Poyo je kan selfie dalam fitting room ? Kalau org cakap camni, kesah apa henpon aku haha. So dua baju ni la yg aku beli kat PDI sbb aku rasa murah n kualiti kain dia sangat best. Satu baju harga RM19 so kalau beli dua takkan tak tau brapa. haha. Aku mmg minat pun baju yg ada tulisan camni, mcm sempoi & stylo. Kalau kat Al-Ikhsan or outlet Nike or Adidas ade jugak baju2 yg ada tulisan camni tapi mahal la der. Satu baju saja paling kurang RM 90++ which aku rasa mcm ermm agak mahal. Kalau kat uptown pun ada tapi seriously aku tak prefer beli tshirt kat uptown. Murah mmg murah tapi tak tahan lama. Buat ape beli murah tapi tak tahan kan? 

Lepas beli baju ni erm sambung jalan2 sikit then balik la bukan nak buat apa pun lagi kan lagi pun datang pun sorang2 haha. Biase la awal2 bukak heksaited la nak pegi dah lama nanti bosan la. Ok tu je cerita kali ni. 





1 comment:

  1. Salam Hi Faiz,

    Thanks for dropping by my blog.
    Faiz tanya Akak tentang ni,

    kalau lepas degree in accounting , boleh ambik acca terus tak ? ke kene keje dulu then baru ambik acca ?

    Jawapan dia YES. You can go to website accaglobal.com. Di sana nanti ada browser yang berkaitan. If your degree entitle for exemption, maybe Faiz just ambil lagi 5 papers.

    I wish you, all the best dik! If need any advise, you may drop your comment or email me @ n_hidayahthm@yahoo.com

    ReplyDelete